Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 172 mangsa banjir daripada 57 keluarga di Sabah masih berada di satu pusat pemindahan kekal (PPK), setakat pagi ini.

Seramai 172 mangsa banjir di Sabah masih berada di pusat pemindahan

ByBernama

KOTA KINABALU, 8 Mei: Seramai 172 mangsa banjir daripada 57 keluarga di Sabah masih berada di satu pusat pemindahan kekal (PPK), setakat pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPK yang masih beroperasi di Selagon.

“PPK yang dibuka pada 3 Mei masih dibuka, berikutan 10 buah kampung di daerah Beaufort masih terjejas dengan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Meterologi Malaysia, beberapa kawasan Sabah hari ini, pada sebelah pagi diramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat.

Ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman pada waktu petang dan malam juga diramalkan hujan di beberapa tempat di kawasan pedalaman dengan suhu antara 21 hingga 33 darjah celsius. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan