Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 54 lagi rakyat Palestin maut manakala puluhan lagi cedera dalam siri serangan udara baharu Israel di seluruh Semenajung Gaza pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik sumber perubatan. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 54 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terkini Israel di Gaza

ByBernama

BANDARAYA GAZA/ISTANBUL, 8 Mei: Sekurang-kurangnya 54 lagi rakyat Palestin maut manakala puluhan lagi cedera dalam siri serangan udara baharu Israel di seluruh Semenajung Gaza pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik sumber perubatan.

Satu sumber perubatan melaporkan seramai 16 orang maut dalam serangan peluru berpandu Israel ke atas sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan di kejiranan Al-Tuffah, Bandaraya Gaza. Beberapa mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, kata sumber itu lagi.

Serangan pada Rabu itu menyusuli serangan sehari sebelumnya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang dan mencederakan 73 lagi dalam serangan ke atas sebuah sekolah di Kem Pelarian Bureij, tengah Gaza .

Menurut data Pejabat Media Kerajaan Gaza, sebanyak 234 pusat perlindungan dan penempatan semula telah menjadi sasaran tentera Israel sejak perang tercetus pada Oktober 2023.

Satu lagi sumber perubatan melaporkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan berasingan ke atas sebuah pasar sesak di Jalan Al-Wahda, Bandaraya Gaza, dengan beberapa kanak-kanak dan seorang wartawan turut menjadi mangsa. Seorang wartawan Anadolu yang berada di lokasi memaklumkan pasar berkenaan penuh dengan kedai dan gerai serta sesak ketika serangan berlaku.

Lapan orang termasuk seorang kanak-kanak turut terkorban dalam serangan ke atas sebuah rumah di Bandar Khan Younis di selatan Gaza, menurut satu lagi sumber perubatan.

Di timur Khan Younis, seorang lelaki Palestin dan isterinya maut apabila tentera Israel membedil rumah mereka di Bandar Bani Suhaila, menurut sumber yang sama.

Tiga lagi rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Munasira di timur Deir al-Balah, tengah Gaza, menurut petugas perubatan.

Sementara itu, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kejiranan Tel al-Zaatar, Kem pelarian Jabalia di utara Gaza, mengorbankan tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain.

Saksi turut melaporkan bahawa tentera Israel menjalankan operasi merobohkan rumah di Kem Pelarian Nuseirat, tengah Gaza.

Sejak 7 Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan ketenteraan dahsyat ke atas Gaza yang telah meragut lebih 52,600 nyawa, majoritinya wanita dan kanak-kanak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan