Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin. Foto fail AFP

Rusia isytihar gencatan senjata sempena sambutan Hari Kemenangan

ByBernama

MOSCOW, 8 Mei: Gencatan senjata sementara yang diumumkan oleh Rusia kini berkuat kuasa dan akan berterusan sehingga tengah malam 11 Mei, bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Hari Kemenangan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Langkah itu diumumkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin ketika negara itu bersiap sedia mengadakan sambutan peringkat kebangsaan bagi memperingati tamatnya Perang Dunia Kedua di Eropah.

Hari Kemenangan atau “Den Pobedy” disambut pada 9 Mei setiap tahun dengan perarakan tentera di Dataran Merah, Moscow, selain pelbagai acara peringatan di seluruh negara.

Bagaimanapun, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky tidak menyokong inisiatif gencatan senjata itu dan menasihatkan pemimpin serta delegasi asing supaya tidak menghadiri sambutan di Moscow atas alasan kebimbangan keselamatan.

Kenyataan itu bagaimanapun ditolak oleh pihak berkuasa Rusia sambil menegaskan sambutan akan diteruskan seperti dirancang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan