Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. Foto TVS

Polis sahkan lima kenderaan digunakan dalam kes penculikan Datin Seri Pamela Ling

ByTVS

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Polis mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya lima kenderaan terlibat dalam kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, berbanding tiga kenderaan yang didedahkan sebelum ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan bahawa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lima buah kenderaan digunakan dalam penculikan itu, termasuk Toyota Camry, Perodua Myvi, Nissan Almera dan Nissan Teana.

“Rakaman CCTV menunjukkan kenderaan dinaiki mangsa telah dipintas oleh beberapa buah kereta dari arah hadapan, belakang dan sisi.

“Rakaman itu turut mendedahkan terdapat dua lagi kenderaan lain yang terlibat, menjadikan jumlah keseluruhan lima buah kereta,” jelasnya..

Tambah Rusdi, dua lagi kenderaan pula berada di bahagian hadapan dan belakang konvoi tersebut, dipercayai memainkan peranan untuk melancarkan tindakan penculikan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiga daripada kenderaan berkenaan dikesan menggunakan nombor plat klon.

“Kita telah berjumpa dengan pemilik asal nombor plat berkenaan dan mengesahkan bahawa kenderaan mereka berada bersama mereka semasa kejadian berlaku.

“Ini bermakna nombor plat itu telah diklon,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya lapan individu terlibat, termasuk lima pemandu kenderaan dan tiga individu yang secara langsung menarik Pamela keluar daripada kenderaan Grab.

“Kita anggarkan sekurang-kurangnya lapan orang terlibat, mungkin lebih,” katanya.

Terdahulu, Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Kenderaan dinaikinya dipintas oleh beberapa buah kenderaan dan beliau kemudiannya dipaksa mengikut individu yang menyamar sebagai anggota polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan