Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden SALBA, Nuruljumaniza Tuah

Pemilihan pemain boling padang hujung minggu ini

KUCHING, 8 Mei: Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi membentuk pasukan untuk menghadapi temasya Sukan Borneo 2025.

Memetik laporan Suara Sarawak, Presiden SALBA, Nuruljumaniza Tuah berkata, sesi pemilihan pemain akan berlangsung tiga hari bermula 10 hingga 12 Mei di Arena Boling Padang, Petra Jaya.

Menurut Nuruljaminza, seramai 64 pemain akan turut serta untuk pemilihan merangkumi 40 lelaki dan 24 wanita.

“Sesi pemilihan yang kita jalankan kelak berkonsepkan pertandingan kategori perseorangan,” katanya.

Beliau berkata, enam pemain terbaik bagi setiap kategori (lelaki dan wanita) layak secara automatik mewakili Sarawak ke temasya itu kelak.

Sukan Borneo 2025 akan berlangsung di Kuching bermula dari 24 hingga 28 September depan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan