Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain bola sepak kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim. Foto fail Bernama

Peguam mohon AGC buka semula kertas siasatan kes simbah asid Faisal Halim

ByBernama

KAJANG, 8 Mei: Peguam yang mewakili Mohamad Faisal Abdul Halim memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar membuka semula kertas siasatan terhadap kes simbah asid membabitkan pemain sayap sensasi Selangor FC berkenaan.

Peguam Nik Zarith Nik Moustpha berkata pihaknya telah menyerahkan surat berkenaan kepada AGC pada 15 April lepas, namun setakat ini tiada lagi maklum balas daripada pihak terbabit.

Nik Zarith berkata pihaknya menerima satu surat daripada AGC pada 18 Feb lepas yang memaklumkan bahawa kes itu sudah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

“Surat itu menyatakan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek dan segala usaha yang dijalankan bagi tujuan berkenaan tidak membuahkan hasil.

“Oleh itu, pihak kami menyerahkan surat kepada AGC untuk membuka semula kertas siasatan kes ini sebagai langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian sewajarnya. Anak guam (Faisal) sentiasa bersedia sekiranya kertas siasatan dibuka semula,” katanya pada sidang media di firma guaman Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co di sini hari ini.

Seorang lagi peguam yang mewakili Faisal, Mohd Haijan Omar berkata anak guamnya berasa kecewa dengan hasil siasatan kes itu, namun beliau memahami bahawa siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan undang-undang.

“Anak guam berharap beliau mendapat keadilan kerana kecederaan yang dialami adalah serius serta meninggalkan trauma. Anak guam memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui punca kejadian itu kerana beliau tiada masalah dengan sesiapa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Haijan berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Faisal untuk langkah-langkah seterusnya termasuk memfailkan saman atau sebaliknya.

“Fokus kita sekarang adalah untuk mengenal pasti siapa pelakunya dan berharap pihak AGC membuka semula kertas siasatan kes ini,” kata peguam itu.

Pada 5 Mei tahun lepas, Faisal, 27, menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, sekali gus mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan