Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan APMM menghulurkan bantuan kepada mangsa. Foto APMM Tanjung Manis

Nelayan cedera parah tangan tersepit kabel bot

TANJUNG MANIS, 8 Mei: Seorang nelayan berusia 26 tahun cedera parah di tangan kanannya akibat tersepit pada kabel ketika mengendalikan alat pengerek (winch) bot nelayan semasa proses mengangkat papan tunda di perairan Pulau Bruit, malam Rabu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Juing, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 9.45 malam.

Susulan itu sebuah bot operasi, PETIR 82, segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota kami segera memindahkan mangsa dari bot ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa tiba di jeti pada jam 1.05 pagi sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Komander Mahkos turut menasihatkan komuniti maritim supaya sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan boleh dilaporkan ke Pusat Operasi Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan