Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk mengayuh bot buatan sendiri merentasi jalan-jalan yang dilanda banjir di bandar Tipuani selepas hujan lebat melanda wilayah La Paz, Bolivia. Foto AFP

Musim hujan di Bolivia ragut 58 nyawa

ByBernama

LA PAZ, 8 Mei: Musim hujan di Bolivia telah meragut 58 nyawa manakala 10 lagi dilaporkan hilang dengan lebih 860,000 keluarga kehilangan tempat tinggal sejak November lepas, menurut seorang pegawai kanan kerajaan pada Rabu, lapor Xinhua.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam Juan Carlos Calvimontes berkata hujan dalam tempoh itu sehingga April 2025 adalah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan pada musim sebelumnya.

Akibat hujan lebat, lima daripada sembilan jabatan di negara itu telah mengisytiharkan bencana manakala tiga lagi mengisytiharkan darurat.

Pada Mac lepas, pentadbiran Presiden Luis Arce mengisytiharkan darurat nasional bagi membolehkan bantuan antarabangsa disalurkan ke negara itu.

Musim hujan yang berpanjangan di Bolivia dijangka berterusan sehingga 15 Mei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan