Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memastikan dasar yang menyokong pembangunan teknologi secara bertanggungjawab dan progresif. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital global – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Malaysia bersedia menjadi peneraju dalam ekonomi digital global dengan adanya kepimpinan yang jelas dan ekosistem teknologi yang progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam memastikan dasar yang menyokong pembangunan teknologi secara bertanggungjawab dan progresif.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital dan AI, satu entiti penasihat strategik yang akan memainkan peranan penting untuk meletakkan negara mampu menguasai teknologi seterusnya berada di barisan hadapan dalam ekonomi digital dunia.

“Teknologi aset digital dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi global dan daya saing negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata antara yang dibincangkan dalam mesyuarat pertama Majlis Penasihat Aset Digital dan AI hari ini ialah potensi Malaysia sebagai hab utama dalam teknologi blok rantai (blockchain) dan aset digital termasuk dalam sektor strategik seperti perdagangan rentas sempadan, industri halal dan kewangan Islam.

Beliau berkata antara fokus utama adalah penggunaan teknologi seperti tokenisasi, stablecoin, aset kripto, AI, analitik data raya dan pengkomputeran awan untuk memperkasakan sektor kewangan digital yang lebih cekap, selamat dan inklusif.

“Teknologi-teknologi ini mampu memacu inovasi dalam struktur pasaran, mempercepat transaksi serta memperkukuh ketelusan dan pematuhan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan