Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wee bersama-sama Wilfred dan jurutera MBKS semasa penyerahan projek yang selesai kepada wakil penduduk. Foto Suara Sarawak

Lorong pejalan kaki di Lorong Stampin Tengah dibaik pulih

KUCHING, 8 Mei: Laluan pejalan kaki yang retak teruk di Lorong Stampin Tengah 5/3B, Green Heights kini dibaik pulih sepenuhnya.

Memetik laporan Suara Sarawak, Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng Berkata, ia merupakan hasil kerjasama erat antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap dan komuniti setempat.

“Masalah struktur pada laluan konkrit tersebut mula dilaporkan kepada MBKS pada 21 Februari 2025.

“Siasatan segera dijalankan dan kerosakan dikenal pasti,” katanya selepas lawatan akhir tapak.

Menurutnya, penyerahan rasmi projek tersebut disempurnakan hari ini bersama-sama Wilfred dan jurutera MBKS.

“Walaupun MBKS sedang meneliti pilihan pembiayaan, Wilfred Yap tampil menawarkan peruntukan bagi membiayai kerja baik pulih demi keselamatan dan keselesaan penduduk.

“Penduduk menyambut baik usaha tersebut dan menyatakan penghargaan atas komitmen beliau, serta kepada MBKS ekoran tindakan pantas membaik pulih laluan berkenaan,” ujarnya.

Wee turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan saluran betul untuk menyalurkan aduan agar tindakan segera dapat diambil.

“Semangat kerjasama penting dalam menyelesaikan masalah tanpa menuding jari, dengan mencari jalan penyelesaian, termasuk aspek pembiayaan.

“Kita berterima kasih kepada penduduk kerana tampil melaporkan isu ini dan sabar menunggu. Inilah contoh kerjasama berkesan antara pihak majlis dengan wakil rakyat dan komuniti,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan