Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Kuching pada Rabu. Foto IPD Kuching

Lelaki maut motosikal ditunggang langgar lori

KUCHING, 8 Mei: Seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan usia 30-an maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pending, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 12.37 tengah hari itu, mangsa yang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Jalan Pelabuhan menuju ke Jalan Datuk Marican Salleh dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa kemudian melanggar sebuah lori yang sedang bergerak lurus dan dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6204758 atau 082-259900, atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa fokus, berhati-hati semasa memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan