BINTULU, 8 Mei: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam masih gagal menjumpai mangsa, Mawa Lembang, 48, yang dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai Rumah Setinggan, Tebingan Sungai Sibiew, Kemunting di sini, pada 4 Mei lalu.
Komander Operasi, Mohd Sazi Mail berkata, SAR hari ini dimulakan jam 10.20 pagi menggunakan teknik pencarian di permukaan air sekitar radius tiga kilometer ke hulu dan tiga kilometer ke hilir bersama seorang anggota polis.
“Selesai SAR dilakukan di kawasan berkenaan masih tiada tanda-tanda penemuan mangsa.
“SAR kemudian disambung pada sebelah petang turut menggunakan pencarian di permukaan air namun masi gagal menjumpai mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, SAR ditangguhkan pada jam 5.20 petang ini dan akan disambung esok hari atas arahan pihak polis. – TVS