Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dadah yang dirampas kastam susulan pemeriksaan terhadap seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 16 April 2025.

Kotak makanan isi dadah, lelaki dicekup kastam

BySaibi Gi

KUCHING, 8 Mei: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 10.1 kilogram yang dianggarkan bernilai RM347,200 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 16 April lalu.

Pengarah JKDM Sarawak, Norizan Yahya berkata, tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan itu dibuat oleh Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) dengan kerjasama Cawangan Narkotik JKDM Sarawak sekitar jam 12 tengah hari selepas suspek dikesan berkelakuan mencurigakan di kawasan tuntutan bagasi.

“Suspek yang tiba dari Kuala Lumpur dilihat menuntut sebuah kotak dari karusel bagasi sebelum menuju ke tandas bersama kotak berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas kotak tersebut menemui sepuluh bungkusan plastik lutsinar yang disyaki mengandungi dadah Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Norizan, bahan larangan itu disembunyikan bersama makanan ringan sebagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tambah beliau, dadah terbabit merupakan bahan larangan yang disenaraikan di bawah Bahagian I, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sekiranya hukuman penjara seumur hidup dikenakan, pesalah hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan