Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci memuji Inisiatif "Makkah Route" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas kelancaran dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan, sekali gus memudahkan urusan pra-pelepasan mereka. Foto Tabung Haji (FB)

Jemaah Malaysia puji inisiatif Makkah Route Arab Saudi

ByBernama

RIYADH, 8 Mei: Jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci memuji Inisiatif “Makkah Route” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas kelancaran dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan, sekali gus memudahkan urusan pra-pelepasan mereka.

Inisiatif berkenaan turut merangkumi proses penerimaan, penyempurnaan prosedur perjalanan dan kelancaran transit ke tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) pada Rabu.

Para jemaah juga menzahirkan penghargaan terhadap Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Mohammed bin Salman atas pelancaran dan sokongan terhadap inisiatif berkenaan.

Mereka berkata bahawa inisiatif itu telah menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi serta membantu mempercepat dan menyusun atur kemasukan mereka ke Kerajaan Arab Saudi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan