Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen. Foto fail AFP

EU rancang kenakan tarif ke atas import AS bernilai €95 bilion jika rundingan gagal

ByBernama

BRUSSELS, 8 Mei: Suruhanjaya Eropah pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) bernilai sekitar €95 bilion (US$107 bilion) sekiranya rundingan dengan Washington gagal mencapai penyelesaian terhadap konflik perdagangan, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Senarai barangan yang disasarkan, yang diterbitkan pada hari sama, merangkumi barangan perindustrian dan pertanian.

“EU tetap komited sepenuhnya untuk mencari penyelesaian melalui rundingan dengan AS,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.

“Kami percaya terdapat perjanjian yang baik boleh dicapai demi manfaat pengguna dan perniagaan di kedua-dua belah Atlantik. Dalam masa yang sama, kami terus membuat persediaan bagi sebarang kemungkinan,” tambahnya.

Pada April lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menangguhkan pengenaan tarif khas ke atas import dari kebanyakan rakan dagang, termasuk EU, selama 90 hari, mendorong blok itu untuk menggantung pelaksanaan tarif balas yang dirancang bagi memberi ruang kepada rundingan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan