Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun dan pecah rumah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang; Bandar Baharu, Kedah; dan Parit Buntar, Perak selepas memberkas empat lelaki semalam.

Empat penyamun di tiga negeri diberkas polis

ByTVS

GEORGE TOWN, 8 Mei: Polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun dan pecah rumah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang; Bandar Baharu, Kedah; dan Parit Buntar, Perak selepas memberkas empat lelaki semalam.

Suspek, yang berusia antara 23 hingga 34 tahun, ditahan menerusi operasi yang bermula sejak 3 Mei lalu di sekitar negeri ini dan Parit Buntar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata polis menyita empat buah kereta yang disyaki digunakan suspek untuk melakukan kegiatan samun dan pecah rumah.

“Kita turut merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenis dan sebuah televisyen.

“Siasatan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan