Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
The Walt Disney Company dan Miral, pemaju terkemuka di Abu Dhabi, pada Rabu mengumumkan rancangan untuk membina sebuah taman tema dan resort Disney baharu di Pulau Yas, sekali gus menjadikannya destinasi global ketujuh Disney dan yang pertama di Timur Tengah. Foto AFP

Disney rancang taman tema pertama di Timur Tengah

ByBernama

BEIRUT, 8 Mei: The Walt Disney Company dan Miral, pemaju terkemuka di Abu Dhabi, pada Rabu mengumumkan rancangan untuk membina sebuah taman tema dan resort Disney baharu di Pulau Yas, sekali gus menjadikannya destinasi global ketujuh Disney dan yang pertama di Timur Tengah.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua pihak, resort baharu itu akan terletak di kawasan tepian air pulau berkenaan dan akan menggabungkan kisah serta watak ikonik Disney dengan kekayaan warisan budaya dan seni bina moden Abu Dhabi, lapor agensi berita Jerman dpa.

Projek itu disasarkan untuk menjadi “hab hiburan keluarga global”, menurut kenyataan itu.

Ia turut memaklumkan bahawa Miral akan membangunkan dan mengendalikan resort berkenaan sepenuhnya, manakala pasukan Disney Imagineers akan menerajui reka bentuk kreatif dan memberikan pengawasan operasi.

Destinasi itu akan menampilkan tarikan bertema, restoran dan kedai, serta penginapan yang diinspirasikan daripada penceritaan Disney.

“Resort ini akan membawa identiti asli Disney dan pada masa sama mencerminkan keunikan Emiriah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Robert A. Iger.

Pengerusi Miral, Mohamed Khalifa Al Mubarak pula berkata projek itu “mencerminkan kekuatan kepimpinan berwawasan dan akan mencipta satu dunia baharu penuh imaginasi.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan