Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol. Foto fail AFP

Bekas Presiden Yoon hadiri perbicaraan jenayah melalui kawasan parkir di luar bangunan

ByBernama

SEOUL, 8 Mei: Mahkamah Tinggi Seoul pada Khamis memaklumkan bahawa bekas Presiden Yoon Suk Yeol perlu menghadiri perbicaraan ketiga kes jenayah terhadapnya minggu depan melalui kawasan parkir di luar bangunan, dan bukan lagi menggunakan kawasan parkir bawah tanah seperti sebelum ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sebelum ini, Yoon dibenarkan masuk ke Mahkamah Daerah Pusat Seoul bagi perbicaraan lalu pada April melalui parkir bawah tanah atas permintaannya kerana faktor keselamatan.

Yoon turut dilihat duduk di kerusi tertuduh semasa perbicaraan kedua kes berkenaan.

Sesi ketiga perbicaraan dijadualkan Isnin ini berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang dilaksanakan secara singkat pada Disember lalu.

Yoon telah disingkirkan secara rasmi daripada jawatan pada awal April selepas Mahkamah Perlembagaan mengesahkan pemecatannya.

Sementara itu, mahkamah memaklumkan bahawa semua kenderaan, kecuali kenderaan rasmi yang ditetapkan untuk tugas tertentu, tidak dibenarkan memasuki kawasan pada hari perbicaraan, bermula jam 8 malam Jumaat hingga tengah malam Isnin.

Kakitangan turut dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam dan mengelak daripada membawa kenderaan persendirian pada hari berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan