Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

Beberapa kata laluan Hegseth terdedah akibat serangan siber, boleh diakses secara dalam talian

ByBernama

MOSCOW, 8 Mei: Beberapa kata laluan yang digunakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth untuk mendaftar ke pelbagai laman sesawang terdedah akibat serangan siber dan kini boleh diakses dalam talian, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Akhbar The New York Times melaporkan bahawa pendedahan itu menimbulkan persoalan baharu mengenai penggunaan peranti peribadi oleh Hegseth untuk berkongsi maklumat ketenteraan.

Menurut laporan itu, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat berkemungkinan tidak menggunakan kata laluan yang terdedah bagi akaun sensitif, namun sekurang-kurangnya satu daripada kata laluan itu telah digunakan berulang kali untuk akaun e-mel peribadi.

Satu daripada kata laluan yang didedahkan merupakan gabungan mudah huruf dan nombor, yang berkemungkinan mewakili parap dan tarikh.

Kata laluan yang sama pernah terdedah dalam dua pelanggaran akaun e-mel peribadi pada 2017 dan 2018.

Menurut pakar keselamatan siber, memandangkan nombor telefon Hegseth mudah diperoleh dalam talian, beliau berisiko menjadi sasaran penggodam atau agensi risikan asing.

Pada 24 Mac, Ketua Pengarang The Atlantic, Jeffrey Goldberg mendedahkan dalam satu artikel bahawa beliau secara tidak sengaja dimasukkan dalam kumpulan sembang untuk perbincangan sulit serangan ketenteraan terhadap Houthi di Yaman.

Menurut Goldberg, perbualan itu turut disertai pegawai kanan lain seperti Hegseth, Setiausaha Negara Marco Rubio dan Naib Presiden JD Vance.

Goldberg turut memaparkan tangkap layar perbualan yang menunjukkan Hegseth beberapa jam sebelum operasi bermula, memaklumkan jenis pesawat dan sasaran, yang menurut wartawan itu, boleh membahayakan anggota tentera jika maklumat itu dibocorkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan