Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, Mohd Anas Mohd Dzarib, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak pada hari ini. Foto JIM Sarawak

Putrajaya, Sarawak tingkat sinergi operasi perisikan Imigresen

KUCHING, 7 Mei: Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, Mohd Anas Mohd Dzarib, mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hari ini.

Beliau diiringi oleh Ketua Seksyen Perisikan Bahagian Perisikan & Operasi Khas, PPI Hazizan Abdullah.

Ketibaan delegasi dari Putrajaya ini disambut oleh Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Abang Naili.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, pertemuan itu merupakan platform penting dalam usaha memperkukuhkan hubungan kerja dan persefahaman yang lebih mendalam antara Bahagian Perisikan Dan Operasi Khas di peringkat pusat dengan JIM Sarawak di peringkat negeri.

“Kunjungan hormat ini membawa agenda utama untuk membuka ruang kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak.

“Ia merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam mencapai sinergi yang lebih baik dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan bersama,” kata kenyataan itu.

Diharapkan pertemuan ini akan memperkasakan lagi operasi dan fungsi Jabatan Imigresen Malaysia secara keseluruhannya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan