Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis trafik Bukit Aman didakwa di mahkamah kes tembakan di Jalan Stephen Yong

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Mei: Seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman didakwa di Mahkamah Majistret Kuching hari ini berhubung kes tembakan maut yang menggemparkan negara pada 26 April lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Genesis Nitchell David Reddy, 30, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan membunuh Muhammad Zaki Iderus, 34, dalam kejadian di Jalan Stephen Yong.

Tiada pengakuan daripada Genesis sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali serta mahkamah tidak menawarkan jaminan.

Mahkamah menetapkan 10 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia lengkap bagi membolehkan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi.

Genesis, yang ditahan sejak 28 April lalu, hadir ke mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Russell Lim dan Brandon Ting.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi pada 26 April, mangsa ditemukan maut dengan dua kesan tembakan di kepala dan lengan kanan, dipercayai ketika menjadi penumpang sebuah Perodua Myvi.

Kejadian hanya terbongkar selepas dua rakan mangsa membawa mayat ke Balai Polis Batu Kawa untuk membuat laporan.

Siasatan awal polis mendapati insiden berpunca daripada pertelingkahan antara dua kumpulan yang tidak berpuas hati akibat tindakan memotong kenderaan. Tiga daripada enam suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan bahan terlarang semasa kejadian.

Pada 27 April, dua suspek utama termasuk Genesis dan seorang pemandu dibawa ke lokasi kejadian oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Forensik bagi membantu pencarian bahan bukti. Operasi selama 25 minit itu meliputi kawasan sejauh kira-kira 100 meter dari lokasi tembakan.

Operasi tersebut berlangsung selama 25 minit, merangkumi jarak sekitar 100 meter dari lokasi tembakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan