Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika melawat Pejabat MIRRDA di Sibu

MIRRDA pacu pembangunan kawasan tengah Sarawak

ByMahathir Haroun

SIBU, 7 Mei: Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MIRRDA) berperanan membangunkan kawasan tengah Sarawak dalam pelbagai aspek pembangunan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuklah dalam pembinaan infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan.

“Bukan itu sahaja, MIRRDA turut berperanan meningkatkan sistem bekalan air di Daerah Kanowit dan Selangau.

“Pada masa sama, agensi ini membantu meningkatkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat terutama melibatkan tanaman kelapa sawit dan kopi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa lawatan kerja ke Pejabat Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MIRRDA) di Sibu.

Turut hadir Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Sarawak (SIMU) Sapiah Daud.

Sementara itu, Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, jawatankuasa khas Agensi Pembangunan Wilayah (RDA)  ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau secara menyeluruh pelaksanaan projek di Sarawak.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh saya sendiri dan keahliannya terdiri daripada semua pengurus atau pegawai tadbir urus RDA serta agensi pusat berkaitan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU), Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri Sarawak (SIMU), kementerian dan jabatan teknikal berkaitan.

Dr. Abdul Rahman ketika ini sedang mengadakan lawatan kerja ke semua pejabat RDA dari 5 hingga 16 Mei di seluruh Sarawak.

Lawatan tersebut bertujuan menjalinkan hubungan lebih erat antara beliau selaku penyelaras projek dengan pegawai serta kakitangan RDA di samping menilai prestasi pelaksanaan projek dan mengenal pasti sebarang kekangan yang wujud.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan