Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lori terbalik dengan buah kelapa sawit bertaburan di atas jalan di bulatan Jalan Wong King Huo-Jalan Aman, Sibu, hari ini. Foto TVS

Lori sawit terbalik punca jalan sesak teruk

SIBU, 7 Mei: Sebuah lori yang membawa muatan buah kelapa sawit terbalik di Jalan Aman, awal pagi tadi, mengakibatkan muatan bertaburan di atas jalan serta mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk pada waktu puncak.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari kawasan Sungai Merah menuju ke sebuah kilang penapisan kelapa sawit sebelum hilang kawalan dan terbalik di bulatan berhampiran persimpangan Jalan Wong King Huo dan Jalan Aman.

Difahamkan, pemandu lori, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an, mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

“Kes kemalangan kendiri itu melibatkan sebuah lori membawa muatan buah kelapa sawit yang hilang kawalan dan jalan basah semasa kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan