Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), kandungan dimuat naik Mohamad Shafiq Abdul Halim berbaur sentimen kaum dan agama berkaitan melibatkan isu pekerja Menara KL.

Lelaki dikompaun RM10,000 muat naik kandungan kutuk kaum, agama

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Seorang lelaki dikompaun RM10,000 kerana memuat naik kandungan melampau di aplikasi TikTok.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), kandungan dimuat naik Mohamad Shafiq Abdul Halim berbaur sentimen kaum dan agama berkaitan melibatkan isu pekerja Menara KL.

“Insiden tersebut berlaku pada 31 Mac dan tindakan diambil setelah mendapat izin pengkompaunan dari Jabatan Peguam Negara serta hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Akta tersebut memperuntukkan larangan terhadap penggunaan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau,” kata kenyataan tersebut.

SKMM turut menasihati semua pengguna media sosial agar sentiasa bertanggungjawab dan beretika dalam memuat naik atau berkongsi kandungan kerana penyebaran kandungan berunsur jelik melampau, khususnya yang boleh menjejaskan sensitiviti agama, kaum atau institusi diraja, tidak akan dikompromi.

SKMM menegaskan komitmen mereka memastikan ruang siber negara kekal selamat, teratur dan harmoni, selari dengan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan