Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lawatan Kapal TLDM di Kuching: Aktiviti menarik menanti anda!

BySaibi Gi

KUCHING, 7 Mei: Penduduk sekitar Kuching berpeluang melihat aset pertahanan negara secara lebih dekat apabila Lawatan Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diadakan pada 10 dan 11 Mei ini bertempat di pelabuhan awam Pending.

Program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 7 malam itu terbuka kepada orang ramai secara percuma dan menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Empat kapal TLDM akan mengambil bahagian dalam program ini iaitu KD Kelantan, KD Selangor, KD Sundang dan KD Rencong.

Antara tarikan utama termasuk lawatan atas kapal, pameran kerjaya TLDM, pameran kerjaya dan aset Tentera Darat, jualan barangan cenderamata TLDM serta restoran terapung yang pasti mencuri perhatian pengunjung.

Acara turut diserikan dengan “Sunset Ceremony”, satu upacara tradisi tentera laut yang unik dan penuh simbolik.

Orang ramai khususnya di sekitar Kuching dan kawasan berhampiran digalakkan untuk hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan