Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kunto Aji, Naki dan Pamungkas bakal menjayakan edisi sulung Latihan Pestapora Malaysia, pada Julai depan.Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Kunto Aji, Pamungkas, Dolla, Naki gegarkan Latihan Pestapora Julai ini

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Barisan artis tanah air dan nusantara akan berganding bahu untuk menjayakan edisi sulung Latihan Pestapora Malaysia, pada Julai depan.

Antara yang bakal menghangatkan Bandar Sunway yang merupakan lokasi acara ialah penyanyi sensasi Indonesia, Kunto Aji.

Kunto berkata, dia berasa teruja kerana Latihan Pestapora Malaysia akan menjadi pentas pertama dia membuat persembahan di Malaysia pada tahun ini.

“Sudah pasti saya berasa sangat teruja untuk bertemu semula dengan peminat di sini.

“Saya akan bawakan lagu-lagu daripada album lama dan juga lagu baharu, mana tahu bulan ini ada lagu baharu, pastinya saya akan persembahkan juga,” katanya.

Kunto ditemui pada sidang media sempena Latihan Pestapora Malaysia di di sini hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Lama Sendiri itu juga mendedahkan dia juga merupakan peminat artis kelahiran Sarawak, Naki, yang akan turut membuat persembahan pada festival itu kelak.

“Kami mempunyai sedikit persamaan dari segi genre muzik dan saya sangat suka dengan pembawaan beliau sebagai penyanyi yang berjaya walaupun bergerak sendiri,” katanya.

Naki yang turut hadir berkata, dia berbesar hati kerana karyanya mendapat perhatian artis senior seperti Kunto.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gadisku itu berkata, persiapan untuk membuat persembahan pada Latihan Pestapora Malaysia setakat ini berjalan lancar malah akan melakukan kejutan untuk peminat.

“Kemungkinan saya akan membuat persembahan bersama dengan salah seorang penghibur dari Indonesia.

“Jujur saya katakan membuat persembahan di pentas Pestapora merupakan antara impian saya sebagai seorang penyanyi.

“Sudah tiba masanya untuk anak Sarawak untuk menunjukkan bakat kita kepada penonton dan insya-Allah, saya akan buat yang terbaik,” tambahnya.

Sementara itu, pemilik lagu hit To the Bone dan Kenangan Manis, Pamungkas juga akan menggegarkan Latihan Pestapora Malaysia.

Artis itu berkata dia berasa bertuah kerana dapat berkongsi pentas dengan senarai artis hebat Malaysia dan Indonesia.

“Saya harap konsert ini akan menjadi pemulaan kepada membina jambatan antara pemuzik di kedua-dua negara.

“Saya juga mempunyai rancangan untuk membuat konsert jelajah di Malaysia termasuk Sarawak. Sama-sama kita doakan itu akan menjadi realiti satu hari nanti,” dedah beliau.

Pada masa sama, trio Dolla yang turut akan membuat persembahan berkata, mereka menjanjikan persembahan yang ceria dan tidak pernah disaksikan oleh peminat sebelum ini.

“Salah satu lagu yang akan dipersembahkan merupakan lagu baharu yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kami sentiasa berusaha untuk memastikan persembahan kami dapat dinikmati semua yang datang,” kata mereka.

Selain itu, artis-artis yang akan membuat persembahan pada festival itu termasuk Bunkface, Feel Koplo, Bittersweet, Hindia, Salammusik, Barasuara, Efek Rumah Kaca, .Feast, Empty Page dan ramai lagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan