Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketidakpadanan antara bidang pengajian dan keperluan pasaran pekerjaan dikenal pasti sebagai antara punca utama yang mendorong golongan belia menyertai sektor ekonomi gig.

Ketidakpadanan bidang pengajian dan pasaran pekerjaan punca belia pilih ekonomi gig

ByMadeline Dugat

KUCHING, 7 Mei: Ketidakpadanan antara bidang pengajian dan keperluan pasaran pekerjaan dikenal pasti sebagai punca utama mendorong golongan belia menyertai sektor ekonomi gig.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UNIMAS, Dayang Asmah Awang Hamdan berkata, masalah “skills mismatch” atau ketidakpadanan kemahiran berlaku apabila graduan tidak dapat mencari pekerjaan dalam bidang yang mereka pelajari.

“Antara isu utama yang saya lihat dalam pasaran pekerjaan kini adalah dua perkara. Pertama, ketidakpadanan antara bidang pengajian dan peluang pekerjaan.Contohnya, pelajar selepas SPM atau graduan universiti mungkin memilih bidang pengajian tertentu, tetapi apabila mereka memasuki pasaran kerja, mereka mendapati tawaran pekerjaan dalam bidang tersebut sangat terhad.

“Oleh itu, mereka terpaksa memilih pekerjaan dalam sektor ekonomi gig sebagai alternatif sementara menunggu peluang pekerjaan tetap yang lebih sesuai dengan kelayakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Dialog TVS bertajuk ‘Masa Depan Pekerja Ekonomi Gig,” yang disiarkan TVS di saluran 122 MYTV dan Astro malam tadi.

Sementara itu, Exco Majlis Belia Malaysia, Adzim Rahman pula menjelaskan bahawa belia kini semakin ramai menceburi ekonomi gig secara sepenuh masa, terutama selepas pandemik COVID-19.

“Intervensi yang kita kena lihat dari segi tempoh yang panjang. Intervensi yang perlu dilaksanakan harus bersifat jangka panjang. Kerajaan perlu mencari pendekatan yang efektif untuk menyelaraskan permintaan dan penawaran dalam pasaran pekerjaan,” katanya.

Jelas Azim Rahman, dari segi permintaan, sektor swasta memainkan peranan penting, manakala dari segi penawaran, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah bertanggungjawab dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti,” katanya.

Antara punca lain yang dibincangkan termasuk isu graduan yang ‘overqualified’, di mana mereka memiliki kelulusan tinggi tetapi tiada peluang yang setimpal dengan kelayakan mereka.

Dalam masa yang sama, kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan membentangkan undang-undang khusus untuk melindungi pekerja dalam sektor gig. Inisiatif ini dilihat penting kerana pekerja gig tidak menikmati perlindungan seperti caruman KWSP, PERKESO atau hak pekerjaan formal yang lain.

Selain itu, beliau menekankan kepentingan memperkenalkan lebih banyak pendedahan kepada pelajar sejak peringkat sekolah menengah mengenai sektor-sektor baharu seperti tenaga boleh diperbaharui, industri petrokimia, teknologi hijau dan ekonomi digital.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan