Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan penurunan kepada 252 orang daripada 75 keluarga pada petang ini berbanding 647 orang daripada 204 keluarga pagi tadi. Foto fail Bernama

Jumlah mangsa banjir di Sabah berkurang petang ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 7 Mei: Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan penurunan kepada 252 orang daripada 75 keluarga pada petang ini berbanding 647 orang daripada 204 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sook dan satu PPS di Beaufort iaitu Dewan Residensi Pr1ma Woorford Estate ditutup masing-masing pada 2 petang dan 4 petang tadi.

Menurut sekretariat itu, PPS berkenaan telah diisytiharkan ditutup setelah pemeriksaan kawasan dilakukan dan rumah penduduk terjejas bencana selamat untuk didiami.

“Setakat ini beberapa kampung di daerah Beaufort masih terjejas dengan bencana banjir,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan