Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS. Foto AFP

Jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah

ByBernama

WASHINGTON, 7 Mei: Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS.

Menurut stesen penyiaran CNN, juruterbang dan seorang pegawai sistem persenjataan sempat melentingkan diri dari pesawat dan diselamatkan dari laut dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pesawat berkenaan masih belum ditemukan.

Seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kejadian itu kepada Business Insider, sambil memaklumkan bahawa tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.

Insiden ini merupakan “kehilangan” kedua pesawat pejuang F/A-18 — yang dianggarkan bernilai lebih US$60 juta sebuah — dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu.

Dalam kejadian sebelum ini, sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet dilaporkan ‘hilang’ di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.

USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi Amerika Syarikat berkaitan kumpulan Houthi di Yaman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan