Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran pada Rabu yang memusnahkan rumah di Kampung Pagei, Mukah. Foto BBP Mukah

Hanifah hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Mukah

MUKAH, 7 Mei: Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib menghulurkan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pagei di sini, hari ini.

Menurut hantaran di media sosial rasminya, sebanyak tujuh keluarga terkesan dalam insiden yang melibatkan kebakaran tiga rumah.

“Bagi meringankan beban mangsa, Dato Hanifah telah menyumbangkan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga, manakala RM1,000 disumbangkan kepada sebuah keluarga bukan warganegara Malaysia, secara peribadi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam pemeriksaan awal oleh pegawai Pusat Khidmat Parlimen P213 Mukah, didapati sebuah daripada rumah yang musnah layak menerima peruntukan sebanyak RM15,000 bagi kerja-kerja baik pulih.

Beliau turut menzahirkan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa keluarga-keluarga berkenaan, serta berharap agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulakan semula kehidupan.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai pihak tampil menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau keperluan asas bagi menyokong keluarga-keluarga yang terjejas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan