Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang muda permotoran negara Muhammad Hakim Danish Ramli meneruskan misi memburu kejuaraan pertama musim ini pada pusingan kedua MotoGP saingan Rookies Cup di Litar Le Mans, Perancis hujung minggu ini. Foto Hakim Danish (FB)

Hakim Danish tekad buru kemenangan pertama musim ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Bintang muda permotoran negara Muhammad Hakim Danish Ramli meneruskan misi memburu kejuaraan pertama musim ini pada pusingan kedua MotoGP saingan Rookies Cup di Litar Le Mans, Perancis hujung minggu ini.

ZK Racing dalam kenyataan memaklumkan litar bersejarah Le Mans menjadi pentas penting buat pelumba kelahiran Terengganu itu membuktikan kemampuan dan kesungguhan dalam memburu impian ke pentas dunia, selepas cemerlang meraih podium berganda pada pusingan pertama di Litar Jerez, Sepanyol bulan lepas.

Litar sepanjang 4.19 kilometer itu mempunyai 14 selekoh yang bakal menguji tahap kemahiran dan ketahanan fizikal pelumba muda dunia.

“Tahun 2025 menjadi detik penting dalam kerjaya Hakim Danish susulan sasaran tinggi daripada pasukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Racing yang diketuai oleh Zulfahmi Khairuddin.

“Prestasinya dalam Kejuaraan Dunia Junior GP dan MotoGP Rookies Cup ini akan memainkan peranan besar dalam menentukan masa depannya, termasuk peluang wildcard ke MalaysianGP pada Oktober ini,” menurut kenyataan itu.

Musim 2025 bermula dengan langkah kanan buat Hakim Danish pada pusingan pertama Rookies Cup di Litar Jerez apabila menamatkan kedua-dua perlumbaan satu dan dua di tempat kedua.

Pelumba berusia 17 itu kemudian membawa momentum tersebut ke Litar Estoril, Portugal bagi aksi pembuka tirai saingan JuniorGP dan sekali lagi berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan