Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit FALCON, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Sarawak mengadakan Kursus Asas Kemahiran Penunggangan dan Pengendalian Motosikal Kawasaki Versys 650 dan X250.Foto JPJ Sarawak

Dedah kakitangan JPJ pengendalian motosikal berkuasa tinggi

KUCHING, 7 Mei: Unit FALCON, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak mengadakan Kursus Asas Kemahiran Penunggangan dan Pengendalian Motosikal Kawasaki Versys 650 dan X250.

Majlis perasmian telah disempurnakan Timbalan Pengarah JPJ Sarawak, Nor Azlan Ibrahim,

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, kursus itu diadakan bagi memberi pendedahan khusus kepada anggota Unit FALCON mengenai teknik penunggangan dan pengendalian motosikal berkuasa tinggi secara selamat dan profesional.

“Di samping itu, kursus ini juga memperjelaskan peranan dan tanggungjawab anggota dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan serta yang dihadapi di lapangan.

“Ia juga merupakan satu inisiatif jabatan dalam memperkukuh kemahiran praktikal anggota agar sentiasa bersedia untuk mengendalikan apa jua aset jabatan dengan cekap, pantas dan berhemah,” kata kenyataan itu.

Penganjuran kursus seumpama ini dapat melahirkan lebih ramai anggota penguatkuasa yang berkemahiran tinggi, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga dari aspek disiplin dan keselamatan semasa menjalankan tugas.

Ini amat penting dalam memastikan imej jabatan sentiasa terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan awam terus diperkukuh.

JPJ Sarawak berharap segala ilmu serta pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan tugas penguatkuasaan demi keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan