Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Eksekutif KCFC Iswandi Alihassan, Presiden Miri FA Mohamed Saif Jubaidi dan Ahli Majlis MBM Jeffrey Phang. Foto Muhammad Ahnaf (TVS)

Dari Kuching ke Miri, KCFC kukuh identiti pasukan negeri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 7 Mei: Perlawanan sulung Kuching City FC-Miri menerusi Piala Presiden 2025 hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila pasukan itu berjaya meraih kemenangan di gelanggang baharu yang melambangkan penyatuan semangat bola sepak seluruh Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Alihassan berkata, usaha memperluas kehadiran kelab ke utara Sarawak adalah sebahagian daripada inisiatif besar memperkukuh identiti KCFC sebagai pasukan negeri yang bukan sekadar pasukan Kuching.

“Ramai masih anggap Kuching City FC hanya mewakili bahagian Kuching. Tapi sebenarnya, kami mewakili seluruh Sarawak,” katanya ketika ditemui di Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong di sini.

Tambah beliau, idea memperkenalkan Kuching City FC ke pelbagai bahagian di Sarawak termasuk Miri merupakan cetusan pengerusi kelab tersebut, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan sekali gus membuka jalan kepada kerjasama erat bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA).

“Bila pihak Miri datang berjumpa kami untuk bekerjasama, kami nampak ini sebagai peluang terbaik untuk kembangkan nama Kuching City FC dan bawa semangat bola sepak ke seluruh negeri,” katanya lagi.

Pasukan bawah 20 tahun (U20) kini berpangkalan di Miri dan dibarisi pemain-pemain muda dari pelbagai bahagian di Sarawak yang bukan sahaja dari Kuching atau Miri mencerminkan semangat inklusif yang ingin dibawa kelab tersebut.

“Pemain kita datang dari pelbagai bahagian. Malah, pihak pengurusan pusat memberi kepercayaan penuh kepada Miri FA untuk membentuk pasukan, dari ketua jurulatih hingga ke pegawai pasukan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan