Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di sini pada Selasa.

Bayi dua bulan cedera disyaki didera ibu bapa kandung

ByBernama

MELAKA, 6 Mei: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan mengalami kecederaan dalam kepala disyaki didera ibu dan bapanya di sebuah rumah di Sungai Petai, Alor Gajah, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata polis menerima laporan berkaitan kecederaan itu daripada pegawai perubatan Hospital Melaka.

“Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang berusia 22 tahun di hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas mendakwa bayi itu diserang sawan.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan hospital itu mendapati bayi berkenaan mempunyai kesan kecederaan baharu dan lama lalu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata ibu bayi itu ditahan di hadapan wad Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) hospital berkenaan kira-kira 6.30 petang tadi.

Polis daripada Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, katanya turut menahan bapa bayi terbabit, berusia 22 tahun kerana dipercayai terlibat sama mendera anaknya.

Dzulkhairi berkata pasangan terbabit yang tidak bekerja didapati negatif terhadap dadah dan mereka akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan