Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menerusi kenyataan hari ini, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi. Foto hiasan Envato

Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan susulan ketegangan meningkat

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Mei: Batik Air hari ini, mengumumkan pembatalan penerbangan pergi dan balik ke Lahore, Pakistan dan Amritsar, India untuk hari ini dan esok, susulan situasi berterusan antara dua negara tersebut.

Penerbangan terlibat ialah:

 

LAHORE (LHE)

– KUL-LHE (OD 131), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 5.35 petang

– LHE-KUL (OD 132), 7 dan 8 Mei, waktu berlepas 9.35 malam

 

AMRITSAR (ATQ)

– KUL-ATQ (OD 271), 7 Mei, waktu berlepas 6.40 petang

– ATQ-KUL (OD 272), 7 Mei, waktu berlepas 11.05 malam

 

Menerusi kenyataan hari ini, Batik Air memaklumkan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal mereka, kekal menjadi keutamaan paling tinggi.

“Batik Air memantau situasi dengan teliti dengan koordinasi bersama pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja maklumat baharu diterima. Kami memohon maaf atas kesulitan dan menghargai pemahaman anda,” menurut kenyataan itu.

Ketegangan antara dua negara berjiran itu meningkat sejak bulan lepas dan bertambah awal Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan melancarkan serangan udara rentas sempadan.

Tentera India dan Pakistan juga dilaporkan berbalas tembakan di sepanjang Garis Kawalan yang membahagikan wilayah Kashmir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan