ABU DHABI, 7 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dan Abu Dhabi Ports Group.
Kerjasama ini bertujuan untuk memupuk hubungan jangka panjang dalam pembangunan dan peningkatan infrastruktur pelabuhan, logistik maritim serta perkhidmatan berkaitan pelabuhan, bukan sahaja di Pelabuhan Bintulu tetapi juga berpotensi diperluaskan ke kawasan lain yang berkepentingan bersama.
Perjanjian tersebut dimeterai melalui pertukaran dokumen rasmi antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Ruslan Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Abu Dhabi Ports Group, Ahmed Al Mutawa.
Turut sama menyaksikan ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu merangkap Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Azizul Annuar Adenan. – TVS
Berita lanjut menyusul..