Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas ribut petir disertai hujan dan angin kencang melanda negeri Gujarat, barat India, menurut pegawai pada Selasa. Foto hiasan Envato

14 maut akibat ribut petir, angin kencang di Gujarat, India

ByBernama

NEW DELHI, 7 Mei: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera selepas ribut petir disertai hujan dan angin kencang melanda negeri Gujarat, barat India, menurut pegawai pada Selasa.

Sebanyak 168 daripada 253 daerah kecil di negeri itu menerima hujan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, kematian berlaku akibat kejadian pokok tumbang, papan iklan runtuh, renjatan elektrik, petir dan rumah roboh akibat tiupan angin kencang.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran ribut petir disertai kilat dan angin selaju 50-60 km sejam dijangka berterusan di banyak kawasan di Gujarat dalam beberapa hari akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan