Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 12 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sewa didiami di Kampung Sungai Pagei di Mukah terbakar tengah hari tadi. Foto JBPM

12 penghuni hilang tempat tinggal, rumah sewa didiami terbakar

MUKAH, 7 Mei: Seramai 12 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah sewa didiami di Kampung Sungai Pagei di sini, terbakar tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.37 tengah hari dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan empat bilik sebuah rumah yang disewa telah terbakar keseluruhan.Bagaimanapun, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian ini.

“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian didapati kebakaran sedang marak membakar sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiupan angin semasa kejadian memarakan lagi kebakaran hingga menyebabkan rumah di sebelah kiri dan belakang turut disambar api pada bahagian kisi – kisi.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran berkenaan menggunakan dua aliran dua nozel sumber air daripada tangki jentera untuk tindakan awal sebelum mendapatkan sumber air dari pili bomba yang paling dekat.

“Pasukan bomba berjaya menyekat kemerebakan api ke rumah sebelah kiri dan rumah di bahagian belakang pada jam 2.15 petang,” ujarnya.

Katanya, kerja – kerja overhaul dilaksanakan bagi memastikan kebakaran tidak berlaku semula. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan