Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri ketika melakukan aktiviti memburu bersama enam rakannya di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Ahad lepas. Foto TVS

Warga emas maut terkena tembakan senapang buatan sendiri

ByBernama

KUANTAN, 6 Mei: Seorang lelaki warga emas maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri ketika melakukan aktiviti memburu bersama enam rakannya di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Ahad lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden yang menimpa mangsa berusia 62 tahun itu pada hari sama.

“Ketika kejadian senapang patah buatan sendiri itu dikatakan telah meletup dan terkena jari kelengkeng tangan kanan lelaki itu sebelum kena sisi dada sebelah kanannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam, mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan tembakan pada dada dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya telah menahan enam lelaki termasuk seorang Orang Asli berusia 35 hingga 67 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemburuan haram selain merampas lima senapang patah buatan sendiri dan satu senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino bersama 25 butir peluru penabur.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu memiliki sebarang senjata api buatan sendiri atau pemilikan tanpa lesen sah.

“Ditegaskan mana-mana individu yang memiliki senjata api buatan sendiri atau tanpa lesen yang sah agar segera menyerahkan kepada pihak polis sebelum tindakan tegas diambil,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan