Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin menumpaskan kegiatan disyaki penyelewengan diesel di Batang Igan, Sibu. Foto PPM Wilayah 5

Sindiket Diesel cecah RM9.3 juta tumpas di Batang Igan

SIBU, 6 Mei: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak berjaya merampas sebanyak 45,000 liter minyak diesel yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan, dalam satu operasi di perairan Batang Igan, di sini.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Ab Rahman Mat Hasan berkata, rampasan itu dilakukan menerusi Op Taring Pensura yang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari bot ronda PSC 12.

Menurutnya, operasi dijalankan selepas pasukan mengesan aktiviti mencurigakan di sebuah jeti persendirian melibatkan sebuah kapal tunda dan lori tangki.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku pemindahan diesel dari kapal ke dalam lori tangki, dan siasatan awal menunjukkan kru kapal serta pemandu lori gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, pasukan operasi telah merampas kapal tunda, lori tangki, serta diesel yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM9.3 juta untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, yang memperuntukkan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam pemeriksaan lanjut, kru kapal turut didapati melakukan pelbagai kesalahan lain termasuk di bawah Sarawak River Ordinance 1993 (SRO) kerana gagal menempatkan juragan berkelayakan dan tidak mengemukakan River Transport Permit (RTP).

Mereka juga disiasat di bawah Merchant Shipping Ordinance 1960 (MSO) kerana tiada Chief Engine Driver ketika operasi dijalankan.

“Kes di bawah SRO telah diserahkan kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, manakala kes MSO diserahkan kepada Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan