Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek bersama Dr Dzulkefly beramah mesra dengan murid-murid selepas Majlis Pementeraian Nota Kerjasama antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Dalam Pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital dan Majlis Perasmian Program Sekolah Dalam Hospital di Hospital Rehabulitasi Cheras hari ini.Foto, Bernama.

Program Sekolah Dalam Hospital bakal diperluas ke Hospital Orang Asli

ByTVS

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang untuk memperluaskan pelaksanaan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) ke Hospital Orang Asli Gombak menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, perancangan dan persiapan rapi sedang dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan anak-anak komuniti itu tidak tercicir sewaktu menjalani rawatan di hospital.

“Setakat ini, lebih 50,000 murid telah mendapat manfaat melalui program SDH yang dilaksanakan di 19 fasiliti kesihatan.

“Program ini bukan sahaja membantu murid meneruskan pembelajaran ketika sakit, malah telah melahirkan ramai pelajar cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemeteraian Nota Kerjasama antara KPM dan KKM serta pelancaran Program SDH di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), hari ini.

Menurut Fadhlina, pada tahun lepas, sebanyak 91 peratus pelajar SDH yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya lulus dan layak menerima sijil, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan yang dilaksanakan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Hospital Rehabilitasi Cheras kini menjadi fasiliti ke-16 di bawah KKM yang melaksanakan program tersebut sejak ia diperkenalkan pertama kali di Hospital Tunku Azizah pada Julai 2011.

“Di HRC sahaja, seramai 118 murid telah didaftarkan, dengan kehadiran melebihi 1,300 kali.

“Ini bukan sekadar statistik, tetapi mewakili kisah-kisah ketabahan, harapan dan semangat tidak pernah putus untuk terus belajar walaupun dalam keadaan kesihatan yang mencabar,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan