Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nik Nazmi mengikut jejak langkah Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan melepaskan jawatan kabinet hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

PKS perlu sokongan kuat beralih ke dasar lestari

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kerajaan perlu melaksanakan pendekatan yang menyeluruh bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk beralih ke dasar yang lebih lestari.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peralihan itu adalah mustahak bagi membantu PKS memenuhi kehendak matlamat pembangunan mampan (SDG) di peringkat antarabangsa.

“Kementerian melihat ada perkembangan positif tetapi banyak lagi perlu dilakukan sekarang terutama dari segi sifar bersih yang ada permintaan besar di peringkat dunia.

“Ini termasuk soal Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM),” katanya.

Nik Nazmi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program “Sustainaboleh” dan pelancaran The Green Factory Retail Shop di sini, hari ini.

Tambah beliau, tuntutan antarabangsa itu akan memberi kesan secara tidak langsung kepada PKS.

Justeru, peralihan itu memerlukan dokongan yang kuat daripada pemain industri berskala besar, selain inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Mereka mungkin syarikat besar tetapi dalam rangkaian pembekalan, mereka mendapatkan bekalan dariapda syarikat-syarikat kecil atau sederhana.

“Jadi mereka juga memainkan peranan untuk membimbing dan membina kapasiti IKS,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan