Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Diplomatik-Yayasan Sarawak awal pagi tadi. Foto JBPM

Pemandu cedera tercampak keluar dalam kemalangan dua kenderaan

KUCHING, 6 Mei: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Diplomatik-Yayasan Sarawak di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Rahman Deni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.01 pagi dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Perodua Axia.

“Kejadian mengakibatkan mangsa lelaki berusia 28 tahun, pemandu kereta Perodua Axia tercampak keluar dari kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,mangsa tidak sedarkan diri dan mengalami luka terbuka di bahagian kepala.

“Pasukan EMRS Petra Jaya berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi kejadian sementara menunggu pihak ambulans sampai di lokasi.

“Tiada kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Katanya, pihak bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan