Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan (kanan), meninjau kaedah penyimpanan makanan semasa lawatan ke Sekolah Menengah San Min, Sungai Nibong susulan insiden keracunan makanan melibatkan 43 pelajar bulan lalu yang disyaki berpunca daripada nasi goreng tomyam. Foto Bernama

Nasi goreng tomyam disyaki punca 43 pelajar sekolah keracunan makanan

ByBernama

TELUK INTAN, 6 Mei: Nasi goreng tomyam disyaki menjadi punca 43 pelajar Sekolah Menengah San Min di Jalan Sungai Nibong di sini mengalami keracunan makanan bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata punca jangkitan disyaki melalui makanan yang disediakan kantin sekolah berkenaan pada 21 April lepas.

Beliau berkata kes keracunan mula dikesan apabila dua pelajar mempunyai gejala pada 22 April disusuli notifikasi rasmi ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak dua hari kemudiannya.

“Kesemua pelajar berusia 13 hingga 18 tahun itu mengalami gejala seperti sakit perut, cirit birit, muntah serta demam, dan mereka diberikan rawatan pesakit luar dan berada dalam keadaan stabil.

“Dua sampel klinikal mendapati positif jangkitan norovirus dan sapovirus. Siasatan lanjut masih dijalankan oleh PKD Hilir Perak bagi mengenal pasti punca sebenar jangkitan dan faktor penyumbang kejadian ini,” katanya pada sidang media selepas melawat sekolah berkenaan hari ini.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata hasil pemeriksaan PKD Hilir Perak di kantin sekolah berkenaan mendapati tahap kebersihan adalah tidak memuaskan.

Beliau berkata arahan penutupan selama empat hari ke atas kantin sekolah itu dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] berkuat kuasa serta-merta.

“Pihak kantin telah mengambil tindakan penambahbaikan seperti yang diarahkan, dan setelah penilaian semula dijalankan, premis dibenarkan beroperasi semula selepas diarahkan tutup,” katanya.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan terus memantau situasi itu dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan tahap kesihatan pelajar dan keselamatan makanan di sekolah sentiasa terpelihara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan