Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran stor sebuah rumah di Kampung Paroh, Jalan Matang Batu Kawa malam tadi.Foto JBPM

Motosikal turut musnah dalam kebakaran stor

KUCHING, 6 Mei: Sebuah motosikal turut musnah dalam kebakaran stor sebuah rumah di Kampung Paroh, Jalan Matang Batu Kawa di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Rahman Deni berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.13 malam dengan menggerakkan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan stor di bahagian dapur struktur tidak kekal terbakar keseluruhan.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran juga melibatkan sebuah motosikal terbakar keseluruhan yang diletakkan berhampiran dapur.

“Sebuah kereta diletakkan berhampiran turut terjejas akibat bahangan dari kebakaran tersebut.

“Kerja-kerja overhaul dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan,”ujarnya.

Katanya, setelah memastikan keadaan selamat pihak bomba bertolak balik ke balai.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan