Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini. Foto hiasan Envato

Lelaki maut kereta dinaiki rempuh lori di Machang

ByBernama

MACHANG, 6 Mei: Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata kemalangan pada 11.55 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh lori jenis Scania yang datang dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Insp Khairulanwar Adam di talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-9751222. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan