Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5 petang tadi. Foto fail Bernama

Landasan LTSAH ditutup sementara akibat insiden pesawat

ByBernama

ALOR SETAR, 6 Mei: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5 petang tadi.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan landasan tersebut bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan.

“Satu notis kepada juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berlanjutan hingga 10.30 malam ini. Sepanjang tempoh ini, semua operasi penerbangan di LTSAH akan terjejas.

“Semua penumpang, termasuk jemaah yang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah haji, dinasihatkan untuk merujuk kepada syarikat penerbangan atau Lembaga Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Pihak lapangan terbang akan mengeluarkan maklumat terkini sebaik sahaja landasan disahkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan