Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petang tadi telah dibuka semula pada 8 malam. Foto Bernama

Landasan LTSAH dibuka semula 8 malam tadi

ByBernama

ALOR SETAR, 6 Mei: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), petang tadi telah dibuka semula pada 8 malam.

Pengurus LTSAH Ikram Alif Mansoor berkata landasan yang ditutup pada 5.30 petang itu dibuka semula selepas kerja-kerja pemindahan pesawat, pembersihan serta pemeriksaan terhadap landasan selesai dilaksanakan.

“Sebanyak empat penerbangan melibatkan ketibaan dan pelepasan yang tergendala akibat insiden itu telah disusun semula.

“Kita sedang menyusun jadual untuk semua penerbangan yang terlibat… ada juga penerbangan yang melibatkan jemaah haji, jadi kita akan cuba selesaikan malam ini juga,” katanya kepada Bernama di lapangan terbang berkenaan malam ini.

Terdahulu, Malaysia Airports dalam satu kenyataan memaklumkan landasan LTSAH ditutup sementara berikutan insiden melibatkan sebuah pesawat milik TUDM pada 5 petang tadi.

Penutupan landasan itu bagi membolehkan kerja pemindahan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan