Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025, yang turut dihadiri enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam, pagi ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan, serta peranan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025, yang turut dihadiri enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam, pagi ini.

“Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Hala Tuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa, serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional.

“Mesyuarat turut meneliti Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang dibentangkan Kementerian Ekonomi. Saya mengambil maklum langkah-langkah awal yang sedang dilaksana untuk menghadapi cabaran populasi menua, termasuk mekanisme tadbir urus rentas kementerian yang lebih menyeluruh dan bersepadu,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan