Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada JPJ Sarawak terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sarawak terima Anugerah Reruai Terbaik

KUCHING, 6 Mei: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dipilih sebagai penerima Anugerah Reruai Terbaik untuk pempamer pada edisi kali ini sempena program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Sarawak Tahun 2025.

Program yang diadakan mulai 3 hingga 4 Mei itu anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, pelbagai aktiviti menarik telah mewarnai program ini, antaranya pertandingan sukaneka desa, pertandingan mewarna, jualan Rahmah, serta pameran daripada agensi kerajaan dan swasta.

Turut memeriahkan majlis ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dato Idris Buang bersama Ketua-ketua Jabatan dan komuniti setempat yang hadir memberi sokongan padu.

Anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada JPJ Sarawak terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan